mutakhir

Dua lelaki dituduh cabul budak

Oleh Fardy Bungga

MAHKAMAH Majistret Kota Kinabalu memutuskan perbicaraan kes dua lelaki yang mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun didengar bersama pada 7 dan 19 November depan.

Majistret Indra Ayub membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan penjelasan Timbalan Pendakwaraya Umar Faiz Abdul Kahar.

Tertuduh pertama, berusia 25 tahun dituduh mencabul kanak-kanak itu di perkampungan di Labuan pada Julai tahun lalu.

Tertuduh kedua, berusia 38 tahun, pula didakwa mencium pipi kanak-kanak sama di dalam bilik di kampung sama pada 11 Februari tahun ini.

Kedua-dua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Disiarkan pada: October 8, 2018 @ 1:28pm
d