mutakhir

Pemandu lawan arus direman

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PEMANDU lori yang memandu melawan arus hingga mengakibatkan kemalangan di Kilometer 432 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam, direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Lim Bak Phai berkata, reman terhadap suspek, 37, yang juga pemandu lori kepada sebuah syarikat pembekal ubat itu sehingga 11 Oktober ini

Ia bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, NSTP melaporkan pemandu lori terbabit memandu melawan arus sejauh kira-kira tiga kilometer di lokasi berkenaan sebelum kenderaan itu melanggar sebuah lagi lori yang berada di lorong sama, semalam.

Semakan mendapati lelaki terbabit memiliki 64 saman, 36 waran tangkap dan 15 kes trafik tidak dikompaun, selain tidak memiliki lesen memandu.

Berita berkaitan

Lori 'menggila' di lebuh raya [METROTV]

Disiarkan pada: October 8, 2018 @ 1:33pm
d