mutakhir

Broker bergelar 'Datuk' bebas reman [METROTV]

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

BROKER jualan kenderaan bergelar Datuk yang ditahan reman berhubung siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit dibebaskan daripada tahanan reman, hari ini.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan reman selama enam hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes berkenaan.

Perintah tamat reman dikeluarkan Majistret Ahmad Afiq Hasan di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas SPRM tidak melanjutkan permohonan reman.

Ahmad Afiq turut menetapkan wang jaminan sebanyak RM50,000 berserta dua penjamin.

Disiarkan pada: October 8, 2018 @ 4:00pm
d