mutakhir

Maut terkena renjatan elektrik

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

OPERATOR mesin sebuah kilang simen di Jempol maut akibat terkena renjatan elektrik, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, mangsa Mohd Fauzi Othman, 34, dari FELDA Kepis, Bahau dipercayai terkena renjatan ketika mahu memasang lampu di dalam sebuah bilik di kilang berkenaan pada 10 pagi.

Katanya, mangsa yang rebah selepas terkena renjatan dibawa ke pejabat kilang berkenaan dan diberi rawatan kecemasan oleh rakan sekerjanya.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan dari Klinik Kesihatan Bahau.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran dan tiada unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa yang masih bujang dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

Disiarkan pada: October 8, 2018 @ 10:17pm
d