mutakhir

4 kuarters KTMB musnah [METROTV]

Oleh Attirmidzie Rahman

EMPAT kuarters milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) musnah dalam kebakaran di Jalan Stesen Keretapi, Pasir Mas, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada 10 malam itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjung Zainudin Abd Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.15 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota BBP Tunjung dikerahkan ke lokasi kejadian dengan bantuan anggota BBP Pasir Mas dan Rantau Panjang untuk kerja pemadaman.

Katanya, sebaik tiba pihak bomba mendapati empat unit kuarters milik KTMB terbakar dengan dua daripadanya berpenghuni.

“Menurut saksi, seorang ibu dan anak perempuan berada dalam sebuah kuarters terbabit, namun sempat melarikan diri sebaik menyedari kebakaran berlaku,” katanya.

Katanya, setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: October 9, 2018 @ 1:04am
d