mutakhir

Penuntut IPT maut, rakan parah

Oleh Rosman Shamsudin

PENUNTUT wanita dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) maut, manakala rakannya parah apabila Toyota Innova dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 375.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala selatan, dekat Slim River, malam tadi.

Dalam kejadian 11.25 malam itu, mangsa yang maut, masing-masing berusia 20 tahun dan berasal dari Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Seri Iskandar ke Kampung Melayu Subang Tambahan, Shah Alam.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas sebelum berpusing dan berhenti di lorong tengah di lebuh raya.

“Ia menyebabkan dua kenderaan dari arah yang sama tidak sempat mengelak dan terus merempuh kenderaan mangsa.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu Toyota Innova maut di tempat kejadian dan rakannya parah,” katanya kepada NSTP.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River, manakala rakannya yang parah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Disiarkan pada: October 9, 2018 @ 11:20am
d