mutakhir

Gunung Kenderung tidak selamat untuk pendaki

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

BEBERAPA kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dikesan berlaku terutama di laluan mendaki di Gunung Kenderung di Gerik akibat hujan dan hakisan tanah, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa, berkata kejadian tanah mendap turut berlaku di kawasan perkhemahan hingga kawasan itu rosak teruk, manakala laluan masuk ke kawasan itu mengalami runtuhan dan tidak boleh dilalui.

“Gunung Kenderung tidak selamat untuk aktiviti pendakian buat masa ini kerana berisiko tinggi.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Gerik untuk perhatian dan tindakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berharap pihak yang berkenaan tidak memberi kebenaran kepada pendaki untuk mendaki gunung itu atas faktor keselamatan kerana kawasan itu berisiko tinggi.

Disiarkan pada: October 11, 2018 @ 9:45am
d