mutakhir

Tujuh rumah teres musnah

Oleh Junaidi Ladjana

TUJUH rumah teres di Taman juta, di Keningau, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu jam 9.10 malam.

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dikejarkan ke lokasi kebakaran.

“Seramai 17 anggota dan tiga jentera serta satu Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Api berjaya dikawal jam 11.15 malam dan kebakaran membabitkan tujuh rumah jenis teres satu tingkat musnah sepenuhnya,” katanya.

Khatizah berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: October 12, 2018 @ 9:40am
d