mutakhir

Media lagi ramai daripada pengundi [METROTV]

Oleh Ifwan Tun Tuah dan Veena Babulai

KIRA-KIRA 40 petugas media menunggu kehadiran calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Tan Sri Isa Samad, yang akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Linggi, Port Dickson.

Sekali gus bilangan itu dilihat lebih ramai daripada pengundi yang datang secara berperingkat sejak pusat pengundian itu dibuka 9 pagi tadi.

Beberapa pengundi terutama warga emas yang hadir kelihatan terpinga-pinga apabila melihat keadaan itu.

Sehingga 10.40 pagi, Mohd Isa yang juga calon tempatan tunggal dalam PRK ini, belum kelihatan dan dijangka tiba pada 11 pagi.

Mohd Isa menentang calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar selain empat calon Bebas lain termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Disiarkan pada: October 13, 2018 @ 11:17am
d