mutakhir

Aiskrim percuma untuk pengundi

Oleh Mohd Khidir Zakaria

SEBANYAK 132 aiskrim diberikan secara percuma kepada orang ramai di Port Dickson bagi memeriahkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, hari ini.

Aktiviti amal itu dijalankan Warigh Aiskrim di hadapan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Port

Dickson.

Pengusahanya, Khairul Najib Asarulah Khan, 27, berkata, aktiviti amal itu sebagai usaha pihaknya dalam menghargai petugas di pusat mengundi terbabit termasuk petugas media dan pengundi.

Katanya, pemberian aiskrim yang bermula dari 11 pagi itu dibuat kepada pengundi tanpa mengira parti politik.

“Program kebajikan ini juga satu daripada usaha pihak kami dalam menghargai penduduk sekitar Port Dickson yang juga lokasi kami beroperasi,” katanya yang berasal dari Jempol.

Katanya, dia gembira kerana dapat melakukan sesuatu yang positif kepada pengundi di PRK Port Dickson yang keluar untuk melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini.

Disiarkan pada: October 13, 2018 @ 2:55pm
d