mutakhir

Isa belum fikir untuk bersara

Oleh Ifwan Tun Tuah dan Veena Babulal

TENANG menghadapi kekalahan pertamanya selepas bertanding dalam 10 pilihan raya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, belum memutuskan sama ada mahu bersara daripada politik atau sebaliknya.

Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson itu kalah teruk kepada calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun disebut-sebut sebagai pesaing paling rapat Ketua Umum PKR itu sebelum ini.

Mohd Isa yang membuat keputusan keluar daripada UMNO untuk bertanding menentang Anwar berkata, pelbagai perkara tidak dijangka boleh berlaku dalam dunia politik.

"Saya belum berfikir untuk bersara atau tidak kerana dalam politik ini susah nak cakap, kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan," katanya.

Mohd Isa yang juga bekas Ketua UMNO bahagian Teluk Kemang, sebelum ini turut dilaporkan enggan memikirkan kemungkinan menyertai UMNO semula selepas PRK Port Dickson berakhir.

  • Lagi berita PRK Port Dickson
  • Disiarkan pada: October 13, 2018 @ 10:33pm
    d