mutakhir

'Kemenangan peribadi' Saiful Bukhari

Oleh Rizanizam Abdul Hamid dan Veena Babulal

MOHD Saiful Bukhari Azlan tekad dalam menerima kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sebagai kemenangan peribadi.

Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, beliau menerima keputusan rakyat itu dengan hati terbuka.

"Meskipun tidak diangkat sebagai wakil rakyat, namun saya secara peribadi melihatnya sebagai kemenangan.

"Saya berjaya menyampaikan matlamat perjuangan dengan baik dan berpuas hati dengan usaha membawa dimensi baharu dalam politik tanah air.

“Tiada apa perlu dikesalkan, malah warga Port Dickson menerima kehadiran saya selaku calon Bebas dengan baik.

“Mungkin mereka belum sedia menerima calon Bebas, sebaliknya berpegang kepada politik kepartian dan saya hormati kuasa rakyat dalam membuat pilihan,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sah PRK Port Dickson dengan majoriti undi 23,560, malam tadi.

  • Lagi berita PRK Port Dickson
  • Disiarkan pada: October 13, 2018 @ 10:40pm
    d