mutakhir

Dirogol kenalan bapa...

Oleh Mohd Khidir Zakaria

TUKANG paip di Port Dickson, ditahan polis semalam, kerana dipercayai melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur sehingga mengandung.

Ia selepas laporan pemeriksaan kesihatan di Hospital Port Dickson pada 12 Oktober lalu mendapati gadis itu hamil enam bulan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, sebelum ini, gadis berkenaan menjalani pemeriksaan di hospital itu.

Beliau berkata, susulan itu, suspek, lelaki tempatan berusia 40-an menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

"Siasatan awal mendapati suspek adalah kenalan kepada bapa gadis itu. "Selain itu, kita dapati remaja itu melakukan hubungan seks dengan suspek,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan juga mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

“Suspek kini reman empat hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Disiarkan pada: October 16, 2018 @ 7:00pm
d