mutakhir

Hal cinta punya pasal...

Oleh Mohd Hilmie Hussin

LELAKI berusia 24 tahun ditemui mati tergantung dipercayai membunuh diri di ruang tamu rumah keluarganya di Merlimau, Jasin, hari ini.

Lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan itu antara jam 12 hingga 12.45 tengah malam.

Kejadian hanya disedari ibu dan abang lelaki itu yang keluar dari bilik tidur, sebelum mendapati individu itu tergantung pada kipas siling.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, sejurus melihat kejadian, abang lelaki itu segera memotong tali lalu menghubungi Klinik Umbai meminta bantuan.

Katanya, pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.

"Ibu teman wanita juga ada menghubungi keluarga mangsa memberitahu anak mereka mahu membunuh diri sejurus selepas mangsa menelefon teman wanitanya itu,"katanya ketika dihubungi hari ini.

“Hasil siasatan juga mendapati pada petang sebelum kejadian, lelaki keluar bersama bagi menyambut hari jadi teman wanitanya itu,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu tinggal bersama keluarga, namun bapanya bekerja di Sabah.

“Hasil semakan, lelaki itu mempunyai tiga rekod penyalahgunaan dadah.

“Hasil bedah siasat juga mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis syabu,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: October 16, 2018 @ 7:47pm
d