mutakhir

Kena cium, peluk tengah tidur

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

MURID perempuan dipercayai menjadi mangsa cabul lelaki dikenalinya dalam kejadian di rumah Serada, Kuala Terengganu, Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 9 malam ketika mangsa berusia 12 tahun sedang tidur berseorangan di rumahnya.

Menurut sumber, mangsa yang tidur, terjaga apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk, manakala pipinya dicium seseorang.

Katanya, sebaik tersedar, mangsa melihat seorang lelaki dikenali melarikan diri keluar dari rumahnya.

"Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum satu laporan dibuat di Balai Polis Chabang Tiga pada Ahad lalu untuk tindakan lanjut.

"Susulan laporan dibuat, suspek berusia 29 tahun dan bekerja sebagai buruh ditahan di hadapan rumah di Kampung Banggol Katong di sini, 3.30 pagi ini," katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Disiarkan pada: October 17, 2018 @ 4:43pm
d