mutakhir

Maut dihempap 'forklift'

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

LELAKI berusia 36 tahun maut selepas dihempap ‘forklift’ dipandunya di sebuah kebun sawit di Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Isnin lalu.

Pada kejadian itu, mangsa, Roslizal Kasim, 36, ditemui penduduk kampung dan ahli keluarga yang mencarinya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, mangsa memandu jentera berkenaan untuk menanam bangkai lembu seperti diminta majikannya.

“Bedah siasat mendapati kecederaan mangsa pada bahagian kepala dipercayai akibat dihempap jentera itu.

“Tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini.

Beliau berkata, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Disiarkan pada: October 17, 2018 @ 6:42pm
d