mutakhir

Suami maut ditikam isteri...

Oleh Hamzah Osman

LELAKI warga Britain maut selepas dipercayai ditikam isterinya pada dada kanan selepas mereka didakwa bergaduh dalam kejadian di Kampung Gelam Mukim Kedawang, Langkawi, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, mayat mangsa John William Jones, 62, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumahnya.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian hanya terdapat pasangan suami isteri itu di rumah banglo yang didiami mereka sejak 11 tahun lalu.

“Kita sudah menahan isteri mangsa yang juga warga Britain di lokasi kejadian dan merampas pisau yang digunakan suspek untuk menikam suaminya.

“Siasatan lanjut mendapati motif kejadian disebabkan pergaduhan antara pasangan suami isteri itu akibat masalah rumah tangga,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk mendapat perintah reman.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: October 18, 2018 @ 2:50pm
d