mutakhir

[UPDATE] 'Tapis dulu sebelum guna'

Oleh Mohd Hilmie Hussin

RATA-RATA peniaga di Pasar Besar Melaka di Bachang, Melaka, dipercayai mendapatkan bekalan gula Melaka daripada pembekal yang sama.

Seorang daripada peniaga di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 40, berkata, selain diperoleh dari negeri ini, gula Melaka juga boleh didapati di Batu Pahat, Johor dan Kelantan.

“Permintaan paling tinggi adalah gula Melaka dari Batu Pahat kerana ia menggunakan nira saja dan tidak dicampur dengan gula pasir.

“Ia mudah cair, lembut dan sangat harum. Sudah lama kami (peniaga) menerima rungutan daripada pembeli, tetapi mereka tetap membeli dan meminta gula Melaka ini,” katanya ketika ditemui di kedainya hari ini.

Mat secara jujur tidak mengetahui dari mana pembekal mendapatkan bekalan gula Melaka berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, sebagai peniaga mereka sering menasihati pembeli supaya membeli gula Melaka yang diambil dari Batu Pahat, tetapi perlu menapisnya terlebih dulu sebelum diproses menjadi makanan.

“Ada yang mendakwa habuk kayu itu sejenis kayu pokok manggis, bertujuan menaikkan bau harum, tetapi tiada siapa dapat memastikannya.

“Begitupun, ada kemungkinan gula Melaka dari Batu Pahat ini datang dari Indonesia yang dikumpul di kawasan tongkang kapal di sana, sebelum diedarkan kepada pembekal,” katanya.

Berita berkaitan

Habuk kayu dalam gula melaka

Disiarkan pada: October 18, 2018 @ 5:33pm
d