mutakhir

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

IDENTITI sembilan mangsa runtuhan tanah di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong dikenal pasti dengan senarainya disahkan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zamani Che Awang berkata, ia membabitkan tiga lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki dan dua wanita warga Indonesia serta seorang wanita warga Myanmar.

“Sebahagian mangsa terbabit dikenal pasti daripada rakaman percakapan ke atas waris dan keluarga mangsa yang berada di lokasi ketika kejadian.

“Tiga daripada sembilan mangsa terbabit sudah ditemui, selain operasi mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan. Dianggarkan 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan tanah terbabit,” katanya dalam kenyataan media, awal pagi hari ini.

Terdahulu, seramai dua mangsa ditemui maut, masing-masing lelaki warga Indonesia dan Bangladesh, manakala seorang cedera selain 10 pekerja binaan dikhuatiri masih tertimbus.

Senarai mangsa tanah runtuh

Warga Bangladesh

1. Arritul, 35 - maut

2. Shamim, 24 - cedera dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP)

3. Mithu Hossain, 30 - belum ditemui

Warga Indonesia

1. Samsul, 19 - maut

2. Bakhtiar - belum ditemui

3. Subairi - belum ditemui

4. Wakrini, 36 - wanita mengandung yang cedera dan dirawat di HPP

5. Norazizah, 24 - cedera di bahagian kaki dan dirawat di HPP

Warga Myanmar

1. Khin Aye Khaing, 33 - belum ditemui

Disiarkan pada: October 20, 2018 @ 2:13am
d