mutakhir

[UPDATE] Mayat keempat ditemui [METROTV]

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menemui mayat keempat mangsa runtuhan tanah di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Georgetown, hari ini.

Insiden Komander SAR, Morni Mamat berkata, mayat lelaki warga Indonesia itu ditemui berhampiran lokasi penemuan beberapa mangsa lain, semalam.

“Kita temui mayat lelaki terbabit dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) di kawasan pencarian Zon I , 11.55 pagi tadi.

“Mayat mangsa ditemui di bawah runtuhan tanah, berhampiran lokasi kontena. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Terdahulu, mayat ketiga iaitu wanita warga Myanmar, ditemui anggota SAR , 1.30 pagi tadi.

Ia sekali gus menjadikan seramai empat mangsa yang maut, manakala tiga cedera dan dua lagi pekerja binaan yang terbabit dalam kejadian itu dikhuatiri masih tertimbus.

Berita berkaitan

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

Disiarkan pada: October 20, 2018 @ 1:07pm
d