mutakhir

[UPDATE] 'Cari duit nak kahwinkan anak lelaki...'

Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

PASANGAN warga emas yang ditemui lemas bersama anak perempuan di Sungai Arau, Khamis lalu dipercayai memerlukan sejumlah wang bagi melangsungkan perkahwinan anak lelaki mereka.

Adik lelaki kepada Allahyarham Norma Pin, Kamaldin, 54, berkata dua bulan lalu kakaknya pulang berdua ke Perlis bersama anak lelakinya berusia 37 tahun itu yang kini berada dalam tahanan polis untuk meminjam sejumlah wang.

“Mereka tidak ada sebut pula jumlah yang ingin dipinjam, tapi kakak ada menyebut nak cari duit untuk kahwinkan anak lelakinya (suspek) dengan orang Johor.

“Saya diberitahu anak lelakinya berkenalan dengan wanita itu di Facebook dan sudah memberikan sejumlah wang bagi melangsungkan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada bulan ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, Arau, hari ini.

Kamaldin berkata, dia mengesyaki kemungkinan perkara itu menjadi punca keluarga mangsa tertekan.

“Pada masa sama Norzalina dan suaminya mempunyai hutang dengan sebuah institusi kewangan bagi memperbesarkan perniagaan mereka,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan tiga beranak ditemui lemas di Sungai Arau dipercayai membunuh diri akibat tekanan hutang.

Perkara itu berdasarkan keterangan awal anak lelaki mangsa kepada polis selepas ditahan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Berdasarkan keterangan lelaki terbabit, mereka sekeluarga menaiki kereta api dari Sungai Petani ke Arau pada pagi Selasa lalu, sebelum bertindak meminum racun dan terjun ke Sungai Arau.

Bagaimanapun, lelaki terbabit berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai sejurus meminum racun.

Berita berkaitan

'Mustahil mereka bunuh diri...'

[UPDATE] Tiga beranak minum racun sebelum terjun

[UPDATE] Kepulangan terakhir sebuah keluarga... [METROTV)

[UPDATE] Ingatkan lemas, rupanya....

Mayat dua beranak ditemui terapung

Disiarkan pada: October 20, 2018 @ 7:09pm
d