mutakhir

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Dua lagi mangsa runtuhan tanah di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Georgetown ditemui maut, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, kedua-dua mayat itu ditemui di Sektor 2 kawasan runtuhan.

"Jarak penemuan mayat kelima dan keenam hanya 100 meter dengan kerja mengeluarkannya sedang dilakukan.

"Indentiti mereka masih belum dikenal pasti dan mayat ini masing-masing ditemui pada 12.13 tengah hari dan 12.18 tengah hari tadi.

"Ia sekali gus menjadikan jumlah mangsa maut dalam kejadian ini seramai enam individu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehingga kini, enam mangsa ditemui maut, manakala tiga lagi cedera dan tiga dikhuatiri tertimbus, selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh, kira-kira 1.56 petang, kelmarin.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Berita berkaitan

Mungkin ada runtuhan susulan

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

Disiarkan pada: October 21, 2018 @ 12:43pm
d