mutakhir

Tunggu laporan lengkap MBPP

Oleh Nur Izzati Mohamad

MAJLIS Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diminta menyiapkan laporan lengkap berhubung insiden runtuhan di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Georgetownbagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang esok untuk mendapatkan butiran yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, Jadgeep Singh berkata, laporan lengkap itu penting dalam usaha mengenalpasti punca sebenar insiden terbabit termasuk mengemukakan langkah untuk meningkatkan aspek keselamatan di kawasan berkenaan.

“Menurut laporan sebelum ini menyatakan projek berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) namun mungkin ada garis panduan yang tidak diikuti dan memerlukan kita melihat kembali perkara ini.

“Oleh itu, sebagai salah seorang individu yang ada kaitan dalam isu ini, saya akan berjumpa dengan Datuk Bandar MBPP esok dan jika projek ini melanggar SOP tindakan tegas akan diambil,” katanya pada sidang media di Kompleks Masyarakat Penyayang, Georgetown, hari ini.

Beliau turut meminta MBPP segera membaiki struktur tanah yang terjejas bagi mengelak kejadian itu berulang.

Setakat ini, enam mangsa terkorban manakala tiga lagi cedera dan tiga dikhuatiri tertimbus selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh Jumaat lalu.

Berita berkaitan

Dua lagi mayat ditemui

Mungkin ada runtuhan susulan

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

Disiarkan pada: October 21, 2018 @ 3:19pm
d