mutakhir

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

MAYAT ketujuh tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Georgetown, disahkan sebagai warga Bangladesh, Md Abdul Jalil, 34.

Mangsa ditemui dengan keadaan kepala terputus dan selain tangan kiri dan kaki kanan masih belum ditemui, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zamani Che Awang berkata, mangsa dicamkan menerusi keadaan dua jari kakinya yang bercantum.

“Anggota badan mayat terbabit terputus dipercayai akibat hentakan batu besar dan bukannya kesan reputan. Kita juga menemui tengkorak kepalanya di Sektor 2 kawasan pencarian.

“Proses mengeluarkan mayat mangsa terbabit agak sukar selepas dia didapati terbenam kira-kira 10 meter dalam sisa runtuhan terbabit,” katanya pada sidang media, hari ini.

Pada kejadian 1.56 tengah hari kelmarin, tanah runtuh mengakibatkan tujuh mangsa ditemui maut, tiga cedera dan tiga lagi dikhuatiri tertimbus.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun.

Berita berkaitan

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

Disiarkan pada: October 21, 2018 @ 7:36pm
d