mutakhir

Operasi SAR diteruskan [METROTV]

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Georgetown, diteruskan dengan kerja pengalihan batu dibuat di Sektor 1.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saadon Moktar berkata, operasi SAR kini tertumpu untuk mengalih empat batu besar di atas Sektor 1 selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Tumpuan kita pada pagi ini hanya di Sektor 1 dahulu, iaitu untuk mengalih empat batu besar ini. Sektor 2 dan 3 kita ‘standby’ sebab terdapat sedikit bahaya di situ.

“Operasi ini sudah pun bermula 8 pagi tadi, selepas JMG menjalankan pemeriksaan dan mendapati kawasan runtuhan ini selamat untuk meneruskan operasi SAR,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Sehingga kini, seramai tujuh mangsa ditemui maut, manakala tiga cedera dan tiga lagi dikhuatiri tertimbus, selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh, 1.56 petang, Jumaat lalu.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Berita berkaitan

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'

Rakan sekampung maut bersama [METROTV]

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Di mana kontena misteri?

Disiarkan pada: October 22, 2018 @ 9:25am
d