mutakhir

'Aliran sungai antara punca tanah runtuh' - MBPP [METROTV]

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

KECUAIAN perunding dan kontraktor projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Georgetown untuk memaklumkan terdapat aliran anak sungai di tapak pembinaan, didakwa antara punca kejadian runtuhan tanah di kawasan itu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang berkata, aliran anak sungai itu sebaliknya hanya dikenal pasti ketika hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh, Sabtu lalu.

Katanya, pengalihan aliran anak sungai itu adalah prinsip asas yang perlu dilakukan pihak perunding dan kontraktor dengan penjelasan mengenainya boleh dibuat tanpa memerlukan bantuan pakar.

“Sebaliknya, saya sendiri yang mengenal pasti aliran anak sungai ini pada pagi Sabtu lalu, selepas mengesyaki mengenai perkara itu. Bagi saya, ia adalah punca utama kejadian ini yang menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak.

“Projek ini tak rumit atau berteknologi tinggi pun dan jajarannya adalah selamat dengan pemilihannya sudah pun dibuat sejak 2016 lalu. Bagaimanapun, pembinaannya perlu dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP). Kejadian ini sepatutnya boleh dielakkan.

“Perkara ini (aliran anak sungai) sudah pun dimaklumkan kepada pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan mereka sependapat dengan apa yang dimaklumkan. Bagaimanapun, saya masih menunggu pihak perunding dan kontraktor mengemukakan penjelasan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian tanah runtuh di tapak terbabit yang mengorbankan lapan mangsa, manakala tiga cedera dan dua lagi tertimbus, 1.56 petang, Jumaat lalu.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Pada masa sama, Tung Seang mengakui dakwaan projek terbabit dikendalikan tanpa kerjasama dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), selain rundingan teknikal bergantung sepenuhnya kepada syor dikemukakan perunding dilantik.

“Bagaimanapun, kita ada perunding projek dan penilai bebas. Sebagai perunding dan penilai bebas, mereka perlu jalankan tugas masing-masing kerana mereka sudah pun menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan kita.

“Saya tak mahu tunding jari kepada perunding projek tetapi saya rasa kita perlu bekerjasama dengan Lembaga Jurutera Malaysia dengan lebih dalam dan lihat semula apa yang berlaku bagi memastikan ia tak berulang,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan projek lebuh raya berkembar itu tetap akan diteruskan selepas siasatan mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan itu selesai dijalankan pihak berkuasa.

Berita berkaitan

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'

Rakan sekampung maut bersama [METROTV]

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Nampak suami 'ditelan' bumi

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Di mana kontena misteri?

Operasi SAR diteruskan

Disiarkan pada: October 22, 2018 @ 1:23pm
d