mutakhir

[UPDATE] Jumpa mayat kelapan [METROTV]

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

MAYAT kelapan dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Georgetown, ditemui pihak berkuasa, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mayat lelaki warga Indonesia, Subaeri itu ditemui di Sektor 1, pada 12.10 tengah hari tadi.

“Mayat Subaeri ditemui berhampiran cerun yang juga lokasi runtuhan rumah kongsi didiami pekerja binaan bagi projek ini.

“Mayatnya ditemui tertanam dalam sisa runtuhan sedalam 1 meter dengan seluruh anggota badannya masih bercantum,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehingga kini, seramai lapan mangsa ditemui maut, manakala tiga cedera dan tiga lagi dikhuatiri tertimbus, selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh, 1.56 petang, Jumaat lalu.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Dalam pada itu, Mohamad Shoki berkata, pencarian kontena ‘misteri’ masih diteruskan selepas pihaknya berhadapan kesukaran untuk menggali sisa runtuhan di kawasan terbabit.

“Ini kerana, sisa runtuhan di plot yang dikenal pasti itu sangat dalam, kira-kira 20 meter. Kita juga terpaksa menambah bilangan jentera untuk kerja menggali ini,” katanya.

Berita berkaitan

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'

Rakan sekampung maut bersama [METROTV]

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Nampak suami 'ditelan' bumi

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Di mana kontena misteri?

Operasi SAR diteruskan

'Aliran sungai antara punca tanah runtuh' - MBPP

Disiarkan pada: October 22, 2018 @ 1:35pm
d