mutakhir

Dah 80 peratus kawasan runtuhan dialih [METROTV]

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) runtuhan tanah di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Georgetown, sudah membabitkan 80 peratus daripada keseluruhan keluasan kawasan pencarian.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, ia membabitkan kawasan kira-kira 0.74 hektar daripada 0.93 hektar.

Katanya, pihaknya kini menjalankan kerja menggali tanah di setiap kawasan runtuhan dengan proses itu dibuat secara berterusan hingga ke dasar permukaan tanah asal.

"Setakat ini kita sudah mengenal pasti dua plot baharu di Sektor 3, dipercayai mengandungi mangsa yang masih tertimbus, menerusi bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

"Bagaimanapun, kerja menggali sedang dijalankan dan berharap dapat menemui kedua-dua lelaki warga Bangladesh itu dengan segera," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehingga kini, seramai lapan mangsa ditemui maut, manakala tiga cedera dan dua lagi dikhuatiri tertimbus, selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh, 1.56 petang, Jumaat lalu.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya kini giat mencari sebuah kontena 'misteri' yang dilaporkan hilang olehpihak kontraktor projek berkenaan.

"Setakat ini kita hanya ada maklumat bahawa kontena 'misteri' ini berada di Sektor 2 dan terbenam hampir 20 meter daripada permukaan.

"Bagaimanapun, kesahihah maklumat mengenai kontena 'misteri' ini masih belum boleh dipastikan," katanya.

Terdahulu, Mohamad Shoki berkata, mayat kelapan iaitu lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Subaeri, 34, ditemui dalam operasi pencarian di Sektor 1.

"Mayat Subaeri ditemui terbenam sedalam 1.5 meter daripada permukaan runtuhan, selain sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya.

Berita berkaitan

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'

Rakan sekampung maut bersama [METROTV]

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Nampak suami 'ditelan' bumi

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Di mana kontena misteri?

Operasi SAR diteruskan

'Aliran sungai antara punca tanah runtuh' - MBPP

[UPDATE] Jumpa mayat kelapan

Disiarkan pada: October 22, 2018 @ 3:55pm
d