mutakhir

Henti SAR jika tiada petunjuk baru [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR), yang memasuki hari kelima hari ini, akan dihentikan jika tiada penunjuk atau sebarang penemuan baru.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar berkata, hari ini pihaknya akan meneruskan operasi untuk mengalihkan timbunan tanah runtuh hingga ke dasar untuk mencari mangsa.

“Seterusnya, kita akan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) untuk pemeriksaan kali terakhir di seluruh kawasan bagi memastikan tiada lagi mangsa di tempat kejadian.

“Sekiranya tiada sebarang petunjuk baru, kemungkinan besar operasi ini akan ditamatkan ,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi.

Setakat ini, sembilan mayat sudah ditemui terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala seorang lagi lelaki Bangladesh dilapor masih hilang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.

Kejadian yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus itu turut menyebabkan empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja.

Operasi SAR disambung 8 pagi hari ini selepas ia dihentikan 10.10 malam semalam kerana kekurangan sumber cahaya.

Berita berkaitan

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'

Rakan sekampung maut bersama [METROTV]

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Nampak suami 'ditelan' bumi

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Di mana kontena misteri?

Operasi SAR diteruskan

'Aliran sungai antara punca tanah runtuh' - MBPP

[UPDATE] Jumpa mayat kelapan

Dah 80 peratus kawasan runtuhan dialih

Disiarkan pada: October 23, 2018 @ 9:04am
d