mutakhir

'UMNO masih ada' - Zahid Hamidi

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO masih wujud walaupun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti itu sudah tiada.

“Kan saya ada. Nampak kan? UMNO masih ada. Nampak?” katanya kepada kumpulan media yang menyerbu beliau untuk mengulas dakwaan Dr Mahathir.

Presiden UMNO itu juga enggan melayan atau menangkis kenyataan Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO.

“Tak apa lah. Suka hati dialah (hendak cakap apa). Suka hati dia (Dr Mahathir),” katanya.

Dr Mahathir semalam mendakwa UMNO yang dahulu memperjuangkan agama, bangsa dan negara, disifatkan sebagai sudah tiada di negara ini.

Perdana Menteri berkata, parti yang pernah dipimpinnya dahulu itu sentiasa berusaha memperjuangkan nasib rakyat agar terbela, namun kini ia sudah tersasar dari matlamatnya.

Malah, Dr Mahathir juga berkata perjuangan UMNO ialah untuk kekalkan Datuk Seri Najib Razak.

“Itu bukan UMNO, UMNO sudah tiada,” kata Dr Mahathir pada program Bicara Minda di Seksyen 15, di Shah Alam, semalam.

Disiarkan pada: October 23, 2018 @ 12:10pm
d