mutakhir

Zahid hadir 'support' Najib

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Veena Babulal

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berdepan pertuduhan berkaitan pecah amanah.

Ahmad Zahid tiba kira-kira 9 pagi dan terus menuju ke ruang mahkamah bagi mengikuti pendakwaan kes terbabit.

Terdahulu, ketika ditanya sama ada kehadirannya adalah bagi memberi sokongan moral kepada Najib, Ahmad Zahid sekadar memberi jawapan ringkas.

“Ya sudah semestinya (beri sokongan moral),” katanya.

Selain Ahmad Zahid, anak Najib, Mohd Ashman dan Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam turut hadir memberi sokongan kepada bekas Presiden UMNO itu.

Pada 19 Oktober lalu, Najib hadir di Mahkamah Sesyen di sini, bagi memberi sokongan moral kepada Ahmad Zahid atas 45 pertuduhan membabitkan kesalahan penggubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah.

Disiarkan pada: October 25, 2018 @ 9:35am
d