mutakhir

Jawatankuasa mula mesyuarat [METROTV]

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden enam anggota bomba yang maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, awal bulan lalu akan mula bermesyuarat minggu depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, jawatankuasa khas itu dipengerusikan golongan profesional termasuk daripada kalangan ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Penghargaan Wira Merah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di ibu pejabat JBPM, di sini, semalam.

Setiap pewaris turut menerima manfaat insurans dan kebajikan dari jabatan dan persatuan berkaitan berjumlah RM164,000 hingga RM289,000.

Disiarkan pada: October 25, 2018 @ 11:29am
d