mutakhir

Pengetua liwat murid ditahan

Oleh Shamsul Munir Safini

POLIS hari ini menahan pengetua berusia 55 tahun yang didakwa meliwat kanak-kanak dan remaja berusia 11 dan 13 tahun di sekolah di Butterworth, Selasa lalu.

Sumber berkata, polis juga akan mendapatkan perintah reman ke atas pengetua lelaki itu di Mahkamah Butterworth esok.

Katanya, sehingga hari ini, hanya dua laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa diliwat oleh suspek.

Menurutnya, kedua-dua mangsa berkenaan masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) ekoran kecederaan yang dialami mereka.

Dalam kejadian Selasa lalu, dua kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua di sekolah menengah di Permatang Tok Jaya, di sini.

Mangsa mendakwa diliwat guru berkenaan ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Sumber berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tujuan pemeriksaan dan akan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi rawatan selanjutnya kerana didapati cedera di bahagian dubur masing-masing.

Berita berkaitan

'Pengetua liwat saya...'

Disiarkan pada: October 25, 2018 @ 12:26pm
d