mutakhir

Ford Ranger baharu masuk Malaysia [METROTV]

Oleh Azzman Abdul Jamal

FORD Motor Company (Ford) dan rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini memperkenalkan rangkaian model Ford Ranger baru untuk pasaran tempatan.

Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, rangkaian Ranger baru itu membabitkan sembilan varian terdiri daripada varian XL, XLT, XLT+, Wildtrak dan Raptor.

Bagaimanapun, katanya, varian Raptor akan dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 pada bulan depan.

"Ranger baru ini menawarkan tiga rangkaian kuasa diesel untuk lebih versatil dan memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Ia membabitkan enjin 2.0 liter (l) turbo tunggal, 2.0l bi-turbo dan enjin Duratorq 2.2l.

"Selain itu, buat pertama kali untuk segmen trak pikap, ia didatangkan teknologi bantuan pemanduan dan keselamatan seperti Semi-Automatic Parrallel Parking, Autonomous Emergency Braking dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki.

"Malah, ia juga dilengkapi sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, pengangkat pintu but serta SYNC 3 betsana keupayaan Apple Car Play dan Android Auto," katanya pada majlis pelancaran Rangkaian Ford Ranger, di Shah Alam, hari ini.

Syed Ahmad berkata, tiga pilihan varian ditawarkan untuk XL yang dijual pada harga bermula RM90,888 manakala dua varian untuk XLT pada harga RM109,888.

"Ranger XLT+ yang hanya ditawarkan satu varian dijual pada harga RM124,888, manakala Wildtrak merangkumi dua varian, dengan harga bermula pada RM134,888," katanya.

Disiarkan pada: October 25, 2018 @ 2:54pm
d