mutakhir

Mayat berbau dalam bilik

Oleh Siti Rohana Idris

BAU busuk dari sebuah bilik di dalam rumah di Chabang Empat, Tumpat, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki, hari ini.

Mayat Mohamad Khairul Nizam Salleh, 25, ditemui ahli keluarganya pada 3.30 petang hari ini dalam keadaan hidung berdarah.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata hasil temu bual dengan keluarga mendapati sudah dua hari mangsa tidak dilihat keluar dari biliknya.

“Pemeriksaan fizikal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa.

“Kami percaya mangsa sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu iaitu pada kali terakhir dilihat keluarganya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Tumpat dan doktor mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan jangkitan kuman dalam darah.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.

Disiarkan pada: October 25, 2018 @ 10:12pm
d