mutakhir

Pemilik homestay ditemui mati

Oleh Mohd Khidir Zakaria

BAPA kepada Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr M Segar ditemui mati di tepi longkang berhampiran rumah inap desa (homestay) miliknya di Taman Tiara, Batu 9, Port Dickson, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat K Munusamy, 76, ditemui oleh rakannya jam 7.45 malam.

“Siasatan awal polis mendapati tiada kesan luka pada tubuh mangsa, malah pemeriksaan di lokasi juga tidak menemui sebarang kesan jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat yang dilakukan pagi ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, polis perlu menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa.

Disiarkan pada: October 28, 2018 @ 8:40am
d