mutakhir

[UPDATE] Reman pengetua liwat murid disambung

Oleh Hadzlihady Hassan

TEMPOH reman terhadap pengetua lelaki sebuah sekolah menengah yang disyaki meliwat dua kanak-kanak berusia 11 dan 13 tahun dilanjutkan selama tiga hari lagi bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tempoh reman itu disambung bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap kes liwat membabitkan pengetua berkenaan.

“Kita juga sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ini yang akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Seksual Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Dalam kejadian Selasa lalu, dua mangsa terbabit membuat laporan polis mendakwa dicabul dan diliwat pengetua berkenaan ketika berada di asrama sekolah.

Kedua-dua mereka kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan oleh doktor pakar dan seorang daripadanya terpaksa dirujuk kepada Pakar Psikatrik di Hospital Besar Pulau Pinang untuk pemulihan emosi.

Berita berkaitan

Pengetua liwat murid direman

Disiarkan pada: October 28, 2018 @ 2:02pm
d