mutakhir

Dah bertumbuk pula... [METROTV]

Oleh Faliq Lajim

PEMILIHAN PKR Cabang Tanjong Karang yang berlangsung Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang, di Tanjong Karang hari ini kecoh apabila penyokong dua calon Ketua Cabang bergaduh kerana berebut pengundi.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila penyokong calon yang bertanding masing-masing cuba memujuk pengundi di pintu masuk, namun keadaan menjadi luar kawalan sehingga membawa kepada tumbuk-menumbuk serta balingan kerusi.

Pergaduhan itu berlaku hampir seminit sebelum berjaya dileraikan oleh pihak polis dan ahli parti.

Tinjauan NSTP mendapati pihak polis melakukan kawalan ketat di sekitar kawasan dewan, termasuk menempatkan anggota di kedua-dua khemah yang menempatkan calon ketua cabang.

Disiarkan pada: October 28, 2018 @ 4:49pm
d