mutakhir

Rafizi tewas di Pandan

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

PEMILIHAN PKR 2018 Cabang Pandan menyaksikan calon Timbalan Presiden parti itu, Datuk Mohamed Azmin Ali mendahului pencabarnya dengan majoriti 207 undi.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga ahli Parlimen Gombak memperoleh 715 undi berbanding bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang hanya mendapat 508 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memperoleh 747 undi diikuti, ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar (691); ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar (569) dan bekas ahli Parlimen Batu, Tian Chua (536).

Bagi pemilihan peringkat cabang pula, Rafizi diumumkan sebagai Ketua Cabang Pandan baharu selepas menewaskan tiga pencabarnya.

Rafizi memperoleh 566 undi menewaskan EXCO Selangor, Haniza Mohd Talha yang mendapat 405 undi.

Dua lagi pencabarnya, Nor Hayati Haron 353 dan Mohamad Shauki Mohd Hashim 71 undi.

Disiarkan pada: October 28, 2018 @ 7:56pm
d