mutakhir

19 gerabak tambahan ETS diluluskan

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

KERAJAAN meluluskan pembelian 19 tambahan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi memenuhi permintaan pengguna perkhidmatan terbabit.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, gerabak tambahan ETS dijangka tiba pada September 2019 (sembilan set) dan September 2021 (10 set).

“Ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memiliki 15 set ETS yang aktif untuk beroperasi.

“Jumlah ini tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan orang ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan ETS,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Dr Hasan Baharom (PH-AMANAH Tampin) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang menyemak semula jadual perjalanan ETS dari Gemas ke Kuala Lumpur.

Bagi perkhidmatan komuter, Kamaruddin berkata, buat masa ini KTMB menyediakan 27 perkhidmatan komuter sehari di laluan sektor Pulau Sebang (Tampin)-KL Sentral-Batu Caves.

Bagaimanapun, katanya, Stesen Gemas yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Stesen Pulau Sebang tidak dijadikan hentian bagi perkhidmatan komuter.

“Perkhidmatan komputer sebelum ini yang beroperasi di stesen berkenaan terpaksa ditamatkan pada 2016 selepas 10 bulan beroperasi disebabkan kurang mendapat sambutan,” katanya.

Disiarkan pada: October 30, 2018 @ 5:29pm
d