mutakhir

Tok Pa muncul di Sidang DUN Kelantan

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini.

Beliau tiba jam 8.55 pagi selepas tidak hadir pada sidang bermula Isnin lalu, turut melambaikan tangan kepada petugas media.

Mustapa satu-satunya wakil Pakatan Harapan di DUN Kelantan selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Jumaat lalu.

DUN Kelantan menyaksikan 37 kerusi milik PAS, tujuh kerusi milik Barisan Nasional (BN) dan satu milik BERSATU.

Akhbar sebelum ini melaporkan Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mengumumkan penyertaan beliau ke BERSATU, selepas hampir sebulan meninggalkan UMNO.

Disiarkan pada: October 31, 2018 @ 9:42am
d