mutakhir

[UPDATE] Tiada kenaikan harga Penghantaran Gas Petronas Ke Rumah

Oleh Wartawan NSTP

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan tiada kenaikan harga akan dikenakan terhadap perkhidmatan Penghantaran Gas Petronas Ke Rumah (GPHD).

Pengumuman itu dibuat menerusi Facebook (FB) Petronas Brands selepas PDB mengambil berat maklum balas orang ramai mengenai perkara berkenaan.

Semalam, PDM mengumumkan harga baharu bagi GPHD iaitu RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg.


Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg.

PDB dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD memaklumkan, perubahan struktur harga itu akan berkuat kuasa pada 1 November ini untuk Semenanjung Malaysia.

Perubahan harga berkenaan hanya untuk caj penghantaran bagi tempahan yang dibuat di Mesralink dan dihantar melalui saluran GPHD.

Tiada perubahan harga bagi yang mengambil sendiri selari dengan harga yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM22.80 untuk 12kg dan RM26.60 untuk 14kg.

Berita berkaitan

'Siasat jika ada unsur pencatutan'

'Harga baru perkhidmatan Gas Petronas ke Rumah'

Disiarkan pada: October 31, 2018 @ 11:36pm
d