mutakhir

Kenapa nak terjun...?

Oleh Shamsul Munir Safini

TINDAKAN seorang wanita cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang berhampiran Perai gagal apabila diselamatkan orang ramai yang melalui kawasan itu, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, wanita berusia 24 tahun yang datang dari Kulim dengan menunggang motosikal, berhenti di bahu jambatan selepas plaza tol.

Berdasarkan maklumat dan gambar yang tular di media sosial, wanita itu dilihat ditenteramkan orang ramai sambil duduk di atas jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian.

Katanya, pihaknya memohon orang ramai dan saksi kejadian tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Disiarkan pada: November 1, 2018 @ 2:32pm
d