mutakhir

Ketua Pengarah DBP tamat kontrak Disember ini

Oleh Hafizah Iszahanid

KONTRAK perkhidmatan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Abdul Adzis Abas ditamatkan berkuat kuasa 1 Disember ini.

Penamatan kontrak itu adalah tiga bulan lebih awal daripada kontrak asal yang sepatutnya tamat pada Februari depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata, keputusan itu dibuat oleh mesyuarat Lembaga Pengelola DBP.

“Ketika ini beliau sedang cuti bergaji bermula hari ini sehingga 30 November ini, dan untuk tempoh ini saya akan menjalankan tugas (ketua pengarah) berkenaan,” katanya, hari ini.

Menurutnya, iklan kekosongan jawatan Ketua Pengarah DBP akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi mengelakkan timbul spekulasi siapa bakal mengambil alih jawatan itu.

“Sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi Ketua Pengarah DBP boleh mengemukakan permohonan sebaik sahaja iklan dikeluarkan,” katanya.

Disiarkan pada: November 1, 2018 @ 4:34pm
d