mutakhir

Kedai emas disamun lagi...

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

SEBUAH kedai emas di sebuah pasar raya di Saujana Impian, Kajang, disamun empat lelaki, hari ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, empat perompak terbabit dikatakan menaiki sebuah kereta Proton Waja dan dua motosikal.

Difahamkan, perompak melarikan beberapa dulang barang kemas termasuk gelang tangan dan rantai leher dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Ketika kejadian, ada tiga pekerja di premis berkenaan.

Difahamkan, kedai emas terbabit pernah disamun beberapa kali sebelum ini.

Harian Metro sedang mendapatkan pihak polis berhubung kejadian.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: November 2, 2018 @ 4:47pm
d