mutakhir

Bangkit kembali sebagai Harimau Asia

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

MALAYSIA akan bangkit kembali sebagai 'Harimau Asia' menerusi usaha keras kerajaan memulihkan fiskal dan pembaharuan institusi, ke arah menambah baik ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, perubahan struktur itu akan memastikan pertumbuhan mapan, kestabilan pasaran modal dan sektor kewangan selain mentransformasi Malaysia kepada demokrasi berasaskan peraturan.

“Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal menjelang 2021 bagi menghalang perbelanjaan tidak terkawal yang mencipta hutang besar.

“Bagi tempoh tiga tahun akan datang, kerajaan akan berusaha mengurangkan defisit fiskal kepada 3.4 peratus pada tahun depan, tiga peratus pada 2020 dan 2.8 peratus menjelang 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertema ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera' di Parlimen, hari ini.

Lagi berita di http://www.hmetro.com.my/belanjawan2019

Disiarkan pada: November 2, 2018 @ 5:15pm
d