mutakhir

[UPDATE] Bunuh akibat hutang, masalah peribadi...

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

POLIS mengesahkan motif pembunuhan pembantu tadbir Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan di rumahnya di Lorong Pandan Indah 1/3 Perumahan Pandah Indah, kelmarin, disebabkan hutang dan masalah peribadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, siasatan pihak polis mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dan seorang suspek lelaki berusia 35 tahun di rumah sebelum mangsa dibunuh kejam.

“Kita boleh sahkan ia disebabkan hutang dan masalah peribadi. Mangsa desak suspek untuk bayar tetapi berlaku pertengkaran sebelum mangsa dibunuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mayat M Suhairi A Wahab, 35, ditemui di atas tilam serta dilitupi kain putih selepas berlaku kebakaran di biliknya.

Siasatan lanjut mendapti terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dan mukanya, selain kesan terbakar di bahagian badan.

Berikutan itu, polis menahan dua suspek lelaki termasuk rakan serumah mangsa berusia 34 tahun.

Mohd Zakaria berkata, pihaknya percaya mangsa dipukul menggunakan objek tumpul sebelum bilik tidurnya dibakar.

“Suspek juga mengaku mengambil telefon bimbit mangsa dan menghantar pesanan kepada rakan serumahnya supaya jangan mengunci pintu rumah selepas kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, suspek utama itu direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan

Seorang lagi rakan ditahan

Mangsa kebakaran dibunuh?

Ajal rumah terbakar

Disiarkan pada: November 4, 2018 @ 7:19pm
d