mutakhir

Kor Ming ungguli 'carta' pendapatan tertinggi RM101,160

Oleh Siti Nur Mas Erah Amran

TIMBALAN Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mencatat pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan Ahli Parlimen dan pegawai pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi DAP Perak dan isterinya itu menerima pendapatan sebanyak RM101,160 sebulan.

Pasangan terbabit turut mengatasi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini tertinggi dengan mengisytiharkan pendapatan bersama isterinya sebanyak RM86,464.92.

Pada kedudukan ketiga ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dengan jumlah pendapatan RM84,422.50.

Setakat ini, sebanyak 112 Ahli Parlimen sudah mengisytiharkan pendapatan masing-masing dan maklumat terbabitboleh diakses umum melalui mydeclaration.sprm.gov.my mulai 1 November lalu.

Disiarkan pada: November 7, 2018 @ 11:06pm
d