mutakhir

Shahidan tak tahu ada waran tangkap

Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

“Saya tidak tahu kerana beradaTanah Suci Makkah. Saya menghadap Allah dan jika mereka nak buat apa-apa terpulanglah kerana mereka berkuasa,” kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau mendakwa tidak tahu langsung mengenai waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya berikutan kegagalan untuk hadir ke Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.

Shahidan berkata, beliau turut kesal kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pertuduhan itu sehingga menjejaskan nama baiknya.

"I duduk di Makkah, habis cerita dan saya tidak mahu memberi komen langsung mengenai perkara ini.

"Hangpa (wartawan) tulislah apa yang patut sebab saya duk buat umrah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahkamah Sesyen Kangar hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu selepas gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan kes mencabul seorang gadis bawah umur, bulan lalu.

Waran itu dikeluarkan Hakim Johari Hassan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail membuat permohonan itu.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Shahidan, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim membantah pengeluaran waran itu kerana anak guamnya dan beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenainya lebih awal.

Berita berkaitan:

  • Waran tangkap terhadap Shahidan
  • Disiarkan pada: November 9, 2018 @ 6:46pm
    d