mutakhir

Shahidan tiba di mahkamah

Oleh Aizat Sharif dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tiba di Kompleks Mahkamah Kangar untuk proses pendakwaan berhubung kes cabul remaja 15 tahun, hari ini.

Bekas menteri itu tiba pada 8.20 di perkarangan mahkamah dengan menaiki kereta Toyota Hilux diiringi lima kereta lain masuk ke bahagian parkir mahkamah.

Sebaik tiba, Shahidan dikawal ketat oleh anggota polis dan diiringi sehingga masuk ke dalam bangunan mahkamah.

Ahli Parlimen itu dilihat memakai sut gelap dan berkemeja putih kelihatan tenang berjalan dengan menggunakan tongkat.

Kira-kira 30 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan penyokong hadir sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, NSTP melaporkan Mahkamah Sesyen Kangar mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Menteri itu selepas gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan kes mencabul gadis bawah umur, bulan lalu.

Waran itu dikeluarkan Hakim Johari Hassan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail membuat permohonan itu.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Shahidan minggu lalu, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim membantah pengeluaran waran itu kerana anak guamnya dan beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenainya lebih awal.

Disiarkan pada: November 12, 2018 @ 9:19am
d